
Alat dan bahan yang diperlukan:
Pensel mekanikal/pen/lidi, crayon, kertas lukisan, bahan lain jika fikirkan perlu
LANGKAH PERTAMA :
Sediakan alat dan bahan seperti di atas.
LANGKAH KEDUA :

Mulakan mewarna lapisan warna yang pertama dengan menggunakan krayon. Tidak semestinya krayon itu diwarnakan secara berbaris seperti dalam gambar di atas. Anda digalakkan menggunakan kreativiti masing-masing dalam pemilihan unsur seni warna. Warnakan sehingga kertas lukisan anda penuh....

LANGKAH KETIGA :

Setelah kertas lukisan dipenuhi dengan pelbagai warna, anda perlu mewarna dengan menggunakan krayon berwarna hitam sebagai lapisan kedua.

LANGKAH KEEMPAT :

Dengan menggunakan pensel mekanikal atau alat tajam yang lain anda boleh mula melukis pada permukaan kertas tersebut dengan menggunakan teknik gurisan.
Hasilnya anda akan melihat lukisan yang berwarna-warni seperti di bawah...
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment