LIYASA ART GALLERY
Sep 26, 2011
Sep 25, 2011
Cara Penyediaan Lukisan Gurisan

Alat dan bahan yang diperlukan:
Pensel mekanikal/pen/lidi, crayon, kertas lukisan, bahan lain jika fikirkan perlu
LANGKAH PERTAMA :
Sediakan alat dan bahan seperti di atas.
LANGKAH KEDUA :

Mulakan mewarna lapisan warna yang pertama dengan menggunakan krayon. Tidak semestinya krayon itu diwarnakan secara berbaris seperti dalam gambar di atas. Anda digalakkan menggunakan kreativiti masing-masing dalam pemilihan unsur seni warna. Warnakan sehingga kertas lukisan anda penuh....

LANGKAH KETIGA :

Setelah kertas lukisan dipenuhi dengan pelbagai warna, anda perlu mewarna dengan menggunakan krayon berwarna hitam sebagai lapisan kedua.

LANGKAH KEEMPAT :

Dengan menggunakan pensel mekanikal atau alat tajam yang lain anda boleh mula melukis pada permukaan kertas tersebut dengan menggunakan teknik gurisan.
Hasilnya anda akan melihat lukisan yang berwarna-warni seperti di bawah...
SELAMAT MENCUBA!
DEFINISI GURISAN
![]() |
Gambar-gambar yang dihasilkan memalui teknik gurisan |
Gurisan dilakukan dengan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.
Cara melakukannya: Permukaan kertas lukisan disapu secara berlapis dengan menggunakan krayon supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau lidi digunakan untuk mengguris supaya gambar atau corak terhasil.
Kesan yang berlainan terhasil apabila menggunakan bahan yang berlainan
Subscribe to:
Posts (Atom)